SELECT LANGUAGE  BM  |  ENGLISH


FAQ

1. Apa yang dimaksudkan Menepati Gaya Hidup Terkini?

Kami mempunyai pengalaman menyalurkan maklumat berkenaan pengambilan Krew Kabin Penerbangan sejak tahun 2011 lagi. Pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar, salah satu darinya ialah masalah masa. Keistimewaan SkyTalk ialah kami mempunyai jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan modul-modul yang dibentuk adalah segar, bermatlamat, ringkas dan amat-amat relevan bagi keperluan seorang calon Pramugari dan Pramugara untuk menghadapi temuduga. MAKLUMATnya akan diberikan melalui email kepada mereka yang LAYAK sahaja.

2. Apakah ada jaminan kerjaya jika saya menghadiri SkyTalk X?

Sejujurnya, tidak. Bahkan tiada apa-apa jaminan dari mana-mana pusat pengajian pun tentang itu. Ini disebabkan Syarikat Penerbangan tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat pengambilan Krew Kabin bagi pihak mereka. SEMUA CALON HARUS MELALUI PROSES TEMUDUGA. Apa yang diusahakan oleh pusat pengajian adalah sekadar membantu calon untuk menguasai bidang ini. Terpulang kepada calon itu sendiri bagaimana untuk meyakinkan panel penemuduga dari apa yang dipelajari ketika kursus. Calon dinasihati agar lebih membuat penelitian tentang mana-mana iklan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

3. Siapakah tenaga pengajar SkyTalk X?

Semua jurulatih SkyTalk X adalah dari mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya 19 tahun pengalaman dalam bidang ini, bukan sekadar kemahiran. Maklumat sebenar akan diberikan kepada mereka yang ditawarkan untuk mengikuti SkyTalk X sahaja.

4. Apa yang dimaksudkan dengan unsur Metafizik?

Metafizik bermaksud 'disebalik fizikal'. Terdapat unsur-unsur lain selain pengetahuan fizikal bagi memantapkan lagi pemahaman. Unsur-unsur inilah yang menjadikan SkyTalk X lebih istimewa berbanding pendekatan lain.

5. Dari mana asalnya SkyTalk X?

Bermula dari penghasilan ebook sekitar 2011, ia dinaiktaraf ke program SkyTalk atas permintaan. Berdasarkan maklum balas dan usaha penambahbaikan selama dua tahun, pihak pengurusan memutuskan untuk menarafkan semula SkyTalk kepada Skytalk X.

Kembali ke laman utama