SELECT LANGUAGE  BM  |  ENGLISH


FAQ

1. Boleh berikan saya lokasi Quality Hotel?

Ya, di tengah bandar Kuala Lumpur berhampiran Pertama Kompleks di Jalan Raja Laut.

Atau gunakan link ini untuk panduan navigasi.
https://www.google.com/maps/place/Quality+Hotel+City+Centre+Kuala+Lumpur/@3.1587442,101.6920308,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!
1s0x31cc4831cb7d89cd:0xf4dbb52e09d3f59a!8m2!3d3.1587442!4d101.6942195


2. Bolehkah saya mendapat perincian tentang modul-modul latihan tersebut?

Boleh. Tapi anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu. Sekiranya diterima, kami akan menghantar perincian tersebut melalui emel. Atas sebab-sebab tertentu, kami tidak dapat menyalurkan informasi tersebut melalui laman web terbuka.

3. Apa lagi bayaran yang perlu saya bayar selain yuran yang ditunjukkan di laman utama?

Tiada apa lagi bayaran tersembunyi yang perlu anda bayar. Yuran yang dipaparkan di laman utama termasuk :
a) Yuran latihan.
b) Makan dan minum sepanjang latihan.
c) Sijil tamat latihan yang siap dikod dengan QR.
d) Nota-nota lengkap.
e) 3 buah ebook panduan KerjayaPramugari.com
f) Sebuah cenderahati berupa model pesawat penerbangan.
g) Satu laman web bagi setiap pelajar bagi menyimpan biodata untuk rujukan syarikat penerbangan.
h) Surat sokongan rasmi dari KerjayaPramugari.com.

4. Apa yang dimaksudkan dengan sijil yang dikod dengan QR?

QR ialah merujuk kepada bar kod yang apabila di imbas, akan memberikan data/link/maklumat berkenaan kod tersebut. Selain akan memberikan maklumat disebalik kod tersebut, ia juga bertindak bagi mengelak pemalsuan atau klon.

Kembali ke laman utama